JellyPages.com

Thursday, October 20, 2011

~Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan!~


Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan! yes!! that’s right!!
Ya, bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menyakiti hati kita dan MELUPAKAN perbuatan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.. ia sangat mencabar..
Tetapi, jika kita ingin berjaya, kita perlu berubah ke arah positif dengan melupakan perkara-perkara negatif yang membelengu diri kita.. buang segala kebencian seterusnya memaafkan serta melupakan kesalahan mereka kepada kita. Dengan itu, diri kita akan sentiasa positif tanpa unsur-unsur negatif yang membelengu..
Mari kita sahut cabaran ini !!!! (^o^)/ MARI MEMAAFKAN DAN MEMINTA MAAF!!

MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN..

“Lebih senang memaafkan seorang musuh, dari memaafkan seorang kawan” -William Blake-
Kata-kata ini seringkali kita dengar. Mengapa lebih senang memaafkan musuh pula, dari  memaafkan seorang kawan? hmm… hakikatnya org yg kita kasihi, sayangi dan percaya lebih kita berasa hati berbanding yang sebaliknya betul tak kawan-kawan? Hati manusia itu lumrahnya lembut dan mudah terasa. Kita tidak kenal musuh, jika mereka melakukan kesalahan kita terus boleh memaafkan. Tetapi apabila seorang kawan yang anda kenali hati budinya, kasih dan sayang padanya, jika melakukan kesalahan pastinya kita merasa terluka yang sangat dalam.
Pakar motivasi mengatakan orang yang dapat menyahut cabaran memaafkan orang lain adalah ORANG CEMERLANG!!!
Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati, seterusnya mengikis motivasi.
Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi. Namun dengan amalan berterusan, Anda mampu menjadi  seorang pemaaf sama seperti orang-orang cemerlang ini.
Memaafkan lebih baik dari berdendam. Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.
Dalam Islam juga menitik beratkan hal-hal pergaulan sesama manusia..kita tidak boleh terasa/tersinggung dengan orang lain terlalu lama.Atau dalam kata lain, kita tidak boleh menyimpan dendam.
Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian?
Ini kerana Allah SWT itu Maha Pengampun.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]
Jika Allah SWT yang Maha Berkuasa sendiri sedia mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka, tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka, kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain?
Ya, memanglah mencabar untuk kita memaafkan kesilapan orang lain. Ada sesetengah dari kita ini hatinya kecil. Tapi, janganlah sampai berbulan-bulan hingga ada yang bertahun-tahun berdendam.
Sesungguhnya memaafkan dan melupakan itu lebih baik dari berdendam.
Anas Radiyallahuan mengkhabarkan, bahawa pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Bahawa Allah berfirman maksudnya;
“Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-Ku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”
“Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan bagimu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”

“Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.”

Di sini dapat kita lihat, betapa Allah SWT itu Maha Pengampun.
Jadi, kita sebagai hamba yang lemah, hendaklah bersedia mengampunkan kesalahan orang lain. Jika kita memaafkan kesalahan orang lain, ini bermakna kita tidak membenarkan emosi dendam itu menguasai kita. Dan akhirnya, kita akan berjiwa tenang.

Selain itu, sikap berdendam juga (yang memutuskan silaturahim) tidak baik hal ini kerana Allah melarang kita memutuskan silaturahim. Apabila sesuatu itu diharamkan Allah SWT, itu bermakna sesuatu itu haram.
Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita itu. Tetapi, cukuplah dengan kita tidak berdendam dengannya, melemparkan senyuman apabila berselisih dan yang paling penting tidak berniat memutuskan silaturahim dengannya.
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [4:1]
(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi.Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. [2:27]
Rasulullah SAW juga menuntut kita bermaaf-maafan.
“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim].
“Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah”[Hadis Riwayat Muslim]
dan pelbagai lagi hadis yang menunjukkan sikap berdendam dan memutuskan silaturahim itu adalah dilarang dalam Islam.
Kesimpulannya, jika kita mengharapkan Allah SWT memaafkan kesalahan kita yang besar, bagaimana kita tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain?
Ya, mungkin kesalahan orang lain itu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan, tetapi cuba  kita belajar memaafkan dan melupakan perkara tersebut. Anda akan merasa kesannya kepada jiwa anda selepas anda mula memaafkan mereka. InsyaAllah.

CARA-CARA MELUPAKAN KESALAHAN ORANG YANG MENYAKITKAN HATI KITA

  • Tutup buku lama, buka buku baru

Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.
Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.
Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.
  • Hari ini adalah lebih baik dari hari kelmarin, dan hari esok adalah pemulaan hari baru yang membahagiakan

Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.
Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.
Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.
tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.
  • Teguhkan pendirian dan matangkan pemikiran

Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran,  Anda kena kawal emosi.
Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.
Alhamdulillah, lega dah memaafkan orang lain kan… jadi, bila kita melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah kita buang ego jauh-jauh dan memohon maaf. Kita manusia yang tidak sempurna, begitu juga orang lain, memaafkan dan meminta maaf adalah motivasi hidup kita supaya redha, sabar dan tidak mementingkan diri sendiri.

MEMINTA MAAF

Meminta maaf atas kesilapan adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggung jawab seseorang. jika kita telah melakukan kesilapan dan kesalahan yang melibatkan hubungan kita dengan Allah dan manusia, sebaiknya menyatakan kemaafan itu adalah lebih baik dan bertanggungjawab.
Takut melakukan kesilapan? kita perlu ingat.. semua manusia akan melakukan kesilapan. Ya, memang kita tidak mahu melakukan kesilapan, ia membuatkan kita kecewa dan sedih. Oleh itu kita kena lah belajar dari kesilapan kita, jadikan kesilapan itu satu pengajaran dan pengalaman hidup supaya kita lebih berhati-hati dalam setiap langkah.
Kesilapan adalah fitrah kehidupan, orang yang berjaya adalah orang yang belajar dari kesilapan dan bangkit dari kegagalan!
Belajarlah dan carilah ilmu supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Orang yang tinggi diri (merasa dirinya bagus) dan sombong memang susah untuk belajar dan mendapat ilmu. Rendahkan diri anda untuk kebaikan dan menadah ilmu dari orang-orang yang berilmu, insyaAllah ilmu itu berkat.
Usah terasa hina dan malu untuk memohon maaf, kerana ia adalah dituntut jika melakukan kesilapan dan kesalahan. Selepas itu, jangan lupa bertaubat (tidak mengulangi kesilapan) dan belajar dari kesilapan itu.
Jika kesilapan itu tidak melibatkan orang, simpanlah sebagai rahsia hidup anda. Dan berusahalah kearah pembaikan supaya kesilapan itu tidak berulang. Jika melibatkan orang lain, cuba sedaya upaya memohon maaf dan berterus terang dengannya supaya tidak menjadi semakin besar dan rumit.. berusahalah perbaiki kesilapan tersebut supaya tidak bertambah parah. dan yang paling penting kenalah belajar supaya tidak berulang.
===========================================================
P/s : Jika saya mampu menyahut cabaran ini dan berubah, anda pula bagaimana????

~kisah teladan~




Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.
Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu:
“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”
Lalu dijawab oleh burung berkenaan:
“Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”
Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).
DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya:
“Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim)

~ragam anak kedua~


Assalammualaikum..
Arinie aku nak berkongsi sikit sifat,sikap & perangai anak kedua nie..
Ehem..ehem..
Why i choose to talk about the second children only..
Hehe..jeng..jeng..
almaklomlaa..aku kan anak kedua..
nie ak copy dr mr.google..thanz mr.google..
ok,let us read 1st..
baru laa kita boleh nilai..
statement di bawah nie betol ker x..=P



ANAK MANJA IBU : sebab apa2 pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!


ANAK DEGIL : Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..

TAK PANDAI PUJUK : memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..

BERCINTA : Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …

HITAM / PUTIH : Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi

HATI : No 2 Hati ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka

BERDIKARI : very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family

ARAHAN : anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri

PEMAAF & CARING : tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah

PAKAIAN : Nak ajer up to date…semua nak kemas....

*after i read all of this,adelaa juga same..
ade yg xsama..hehe..
yg negatif-negatif tuh laa xsama..lalala..
yg positif sume sama ngn aku..
apetah lagi yg part ANAK DEGIL tuh..huh..
mane ade degil..
ak anak yg paling baik taw..
opsss..masuk guni tergolek sendiri betol laa nik fazlin nie..
hehe..nevermind..sekali sekale jep..=D..
anak manje ibu??
adakah aku anak manje umie..
ohhh nooo komen..=)
xpandai pujuk..ermmm..
law pujuk kawan2 mmg laa pndai..
law pujuk pkwe nie??
errr..aku xtawu nk ckp laaa..huhu..
just wait n see jelaa nati..
sang pencinta yg SETIA..
wowwww..amazing..hehe..untung laa sape dpt anak kedua nie..
hahahaha..untung ker??
hati keras??
haha..keras ker ati ak??
jap ek..nak belah hati dulu..nak check keras or lembut..hehe..
independent..wowwww..
alangkah bahagia nya kalo aku nie mmg jenis independent..
tapi..
in reality,mmg x laa kan..huhu..
belom smpai ke tahap betol2 independent lg skrang nie..
huhu..dlm proses nak blaja jd independent right now..=P
pemaaf n caring..
hehe..101% aku setuju..
pakaian nak up to date jep??
ermm jap nk pk..
setawu aku umie ak lg up to date..hehe..
yg penting ape yg dipakai nmpk kemas n sedap mate memandang kan..=)
hehe..k laa..
sje suke2 nak share all of this with u ollz..
orait..enjoy ur day..=)


~yg manakah personaliti anda???~


Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti dirimu. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata kamu nilai sendiri keputusan kali ini.
Tanah – Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api – Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas
Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!
Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.
Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

Tuesday, October 18, 2011

~calm down~

NO STRESS..NO CRYING..
fullstop..
calm down NIK FAZLIN.. 
just be cool..
peaceeeee..
smlm mood ak xbape baek..
huhu..
smlm dlm class MATH MODELLING..
lecturer tuh wat quiz mengejut..
huh..
org yg rajin study mcm ak nie opkos laa ley jawab kan..
huhu..
p/s: sila negation kan ayat tersebut..
so,phm2 sendiri laa kan..
mcm mne gaye ak bile dpt quiz free mse tuh..
huh..
terpana seketika..
adoiyaiiii..
ape laa nk jd ngn subjek MM nie..
nevermind..
4get it..
now..
today..
ak de test I NUMERICAL METHOD pulak dah..
subjek nie ok laa..
just kne hafal byk FORMULA jep..
byk tuh..
huhu..
kalo laa boleh blend formula2 nie..
nak jep ak rebus wat minum air..
hehe..
nonsense..
now,i'm trying my best to study this subject..
insyaAllah..
orait..
maw smbung stdy lg..
doakan aku bley jawab dgn tenangnya ok..
khamis nie ade test I VECTOR CALCULUS pulak..
huhu..
test demi test perlu dihadapi..
btw,chaiyok2 NIK FAZLIN..
adioszzzz..


Monday, October 17, 2011

~noStaLgiA keMAtiaN~

Kematian,
Suatu kemestian dalam kehidupan,
Setiap yang hidup pasti merasainya,
Tidak ada yang terlepas darinya,
Tidak kenal usia ataupun masa.

Kematian,
Amatlah ditakuti setiap umat manusia,
Apatah lagi yang tak beriman pada-Nya,
Kecuali yang sedia menantinya,
Dengan iman penuh didada.

Kematian,
Sentiasa menyelubungi kita,
Hanya masa, tempat, dan caranya,
Takkan dapat kita jangkanya,
Hanyalah ALLAH yang mengetahuinya.



Kematian,
Pabila jasad terkujur kaku dipembaringan,
Tiada apa yang dapat kita lakukan,
Tiada harta yang kita bawakan,
Hanyalah sehelai kain kafan.

Kematian,
Pabila jasad kita dikuburkan,
Ditimbus tanah ditinggalkan,
Dibaca talqin ilmu akhiran,
Hanya amalan menjadi teman.

~seruan Illahi~


“sesungguhnya daripada Allah kita datang,
Dan kepada Allah juga kita kembali”
Allahuakbar..
Ingatlah semua yg hidup pasti akan mati..
Cuma kita tidak tahu bilakah saat itu akan ditempuhi..
Diri ini pasti menggigil dan air mata akan mengalir taktala menbayangkan saat itu..
Subhanallah..
Diri ini masih tidak sempurna..Ya Allah..
Setiap kali mendengar berita saudara mara,kawan2 & orang2 lain meninggal dunia,diri ini akan terpana seketika..
hanya ungkapan "innalillallahiwainnailaihirojiun" meniti di bibir..
Air mata seakan mahu mengalir..sedih sangat2..
Walaupun diri ini sudah melalui episod2 duka,di mana org2 yg disayangi telah pergi menghadap illahi terlebih dahulu,namun aku masih tidak kuat untuk mendengar berita2 kematian hamba2 Allah..
Ya Allah..lemahnya diri ini..
Bermula dari arwah kakak sulung umie aku,iaitu che long yg berumur 38tahun..
10 MEI 2002..
ketika itu aku darjah 5..
Itu adalah kematian yg pertama dlm family aku..
Masa itu aku baru nak mengenal apakah erti kematian yg sebenar nya..
Ak sgt kagum ngn nenek aku..beliau sgt tabah..tiada langsung menunjukkan erti kesedihan di muka nya..hanya keredhaan yg terpancar di wajahnya..
Namun,aku mengerti..di sebalik raut wajah nya,beliau adalah org yg paling sedih atas pemergian arwah chelong aku..
Kemudian,beberapa tahun selepas itu..
Keluarga aku sekali lagi diuji dengan dugaan..
Kali ini aku yg amat terasa dengan pemergian org yg amat aku sayangi ini..
Pemergian arwah abah yg tersayang..
19 JUN 2005..
Allahuakbar..
Tarikh keramat yg xmungkin aku lupakan sampai bila2..
Umie adalah org yg paling sedih dengan berita ini..
Namun aku pasti umie redha dengan pemergian arwah abah..
Sepanjang hayat arwah sakit umie sentiasa di sisi arwah..
Umie telah menjalankan tanggungjawabnya dengan begitu baik sekali..
Bermula dari saat ini juga lah aku menjadi seseorang yg sangat sensitif..
Sangat mudah mengalir kan air mata..
Apatah lagi melihat keadaan umie di saat mula2 abah pergi tinggalkan kami..
 Pada mula nya amat berat kami nak terima kenyataan bahawa abah sudah tiada lagi bersama kami..
Aku juga mula membayangkan hari2 yg bakal kami lalui tanpa abah..
Terima kasih kepada poksu yg sanggup berhenti kerje untuk menjaga umie,aku & puteri buat  sementara..
Akhirnya,kami sekeluarga dapat menerima kenyataan bahawa Abah telah tiada di dunia ini..
Hanya beberapa bulan kemudian..
Arwah atok aku pulak pergi menyusuli abah menghadap Illahi..
Dugaan demi dugaan..
Sangat perit..
Menerima dua kematian sekali gus dalam tahun yg sama..
Jarak yg hanya beberapa bulan..
Subhanallah..
Air mata ini menjadi begitu murah..
Sepeti tidak bernilai lagi..
Amat mudah untuk mengalir..
Kadang2 ia hadir tanpa disedari..tanpa dipinta..
Rindu..rindu yg tidak dapat diungkap melalui kata2..
Diri ini juga semakin lemah..
Tidak sanggup rasanya untuk menghadapi saat2 duka itu sekali lagi..
Tapi..
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang..
Allah S.W.T telah menentukan segala nya..
Sudah tertulis  bahawa setiap manusia yg hidup pasti akan mati..
Semakin hari semakin banyak berita kematian yg aku baca di dada-dada akhbar..
Hatiku tersentuh..
Kematian insafkan orang yg masih hidup lagi di dunia ini..
Dan kadang2 aku terpikir..
Sudah kah aku bersedia untuk pergi menghadap illahi..
Apakah diri ini dah cukup bekalan untuk menhadapi hari2 di sana kelak..
Tepuk dada tanya selera..
Sebelum mengundur diri,
Marilah kita sama2 sedekah surah AL-FATIHAH kepada mereka yg terlah pergi dahulu menghadap Illahi..
AL-FATIHAH..
Semoga arwah-arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan mendapat tempat di syurga kelak..aminnnnn..

Saturday, October 15, 2011

~count on me~

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I’ll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can’t see
I’ll be the light to guide you
Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
If you toss and you turn and you just can’t fall asleep
I’ll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you
Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah
You’ll always have my shoulder when you cry
I’ll never let go, never say goodbye
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
You can count on me ’cause I can count on you

~di saat ak mencintai dirimu~

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta



Thursday, October 13, 2011

~rindu kamu~

AHAD..9 OKT.2011..
Assalammualaikum..
I’m not in a good mood right now..
I feel so sad..lonely..
Dont know why..
I miss my matrix life b4 this..
I miss all of my friends..
exactly..
I miss them like a crazy..
Uwaaaaa..;(
Ak windu sgt2 nak jumpe dowg sume..
Rumet ak dlu..
Best frenz ak..
Dayah,zawiah,najwa..
Awak..sy rindu kan awk sume sgt2!!!
Classmate2 ak dlu..
Gurls s13..
Zida,aza,piqah,fiza,shue,kechik..
Rindu Cikgu2 kat sne..
Miss nurul,madam manja,puan umi kalsum,mr.nizam..
Subhanallah..
Dlu mse mse kat matrix,ak slalu rase nak cpt2 kluar dr sne..
Dulu ak rse life matrix nie sgt xbest..
TAPI..
Now,i miss every moment at there..
My tears will come out when i remember all of the moment there..
Ya Allah,berikan lah kekuatan kepada hambaMu ini..
 untuk teros melangkah dengan tabah & yakinnya pada hari2 yg berikutnya..
aminnn..
sememangnya nie laa lumrah kehidupan yg sebenarnya..
Wahai Nik fazlin..
Bila ada depan mata xtahu nak menghargai seadanya..
Tapi..
Bila semua dah hilang dr pandangan mata..
Baru lah kita akan sedar..
Yg kite telah kehilangan sesuatu yg amat berharga..
Sesuatu yg kite rase membebankan kite suatu masa dlu..
Menangis air mata darah sekali pon,
Masa itu tetap x dpt di undur balik..
Time is always keep moving from one second to another second..
So..
Bangkitlh..
Hidup xkan kemana kalo kite tros dlm kesedihan..
Mengenang mse2 dlu..
Jadikan kenangan2 dlu sbg pengalaman..
Pengajaran..
Supaya kite lebih berhati2 ntok menerokai hari2 yg akan datang..
Pengalaman mse lalu akn menjadikan kite lebih dewasa..
So,keep moving forward..
Dont looking backward..
Chaiyok2..
Setiap pertemuan ada perpisahan nya..=)
Kita sebagai manusia hanya perlu bersedia ntok menghadapi saat itu..
Ok laa..lepas zohor kejap lg,
Ak,eka,lee & ipin nak g mlawat family uddin kat kota tinggi..
Ya Allah,permudahkan lah segala urusan hamba-hambaMu ini..
Smoga perjalanan kami selamat pergi & balik..
InsyaAllah..
Orait..
Adioszzz..
















Saturday, October 8, 2011

~Al-Fatihah~

AL-FATIHAH..
Assalammualaikum..
Innalillahiwainnaillahirojiun..
Salam takziah utk sahabatku sekeluarga..
Entry kali nie khas ak tuju ntok insan yg bernama..
SAFIUDDIN BASIRON..
Atas pemergian ayahanda yg tersayang buat selama-lamanye..
Pd Jumaat,7 oktober 2011..
Terkejut..
rase mcm xpercaya jep bile uddin msg ak td gtawu ayah die dh xde..=(
i’m speechless..
tapi..
ape yg ak boleh kate..
nie sume keje Tuhan..Dia telah menentu kan sgala-galanya..
jodoh pertemuan,ajal maut sume di tangan Allah S.W.T..
kita sbg manusia perlu redha mnerima sgala nya dgn hati yg terbuka ..
ak paham..
bkn senang ntok kite harungi sume nie..
hanye dalam sekelip mata sahaja,kita sudah kehilangan insan yg plg kita syg..
bkn skejap..
tp ntok selama-lamanya..
sesuatu yg amat susah ntok kite terima..
insan yg telah bersusah payah mencari sesuap nasi ntok kite..
insan yg telah membesarkan & mendidik kite dgn sempurna..
insan yg telah menjadikan kita seorg insan yg berjaya pd hari ini..
namun,telah pergi menghadap Illahi..
pergi meninggalkan kite..
Allahuakbar..
percaya laa wahai sahabatku..
sume yg berlaku ini ade hikmahnya..
Allah S.W.T lebih menyayangi mereka yg pergi terlebih dahulu..
Ak harap segala kenangan  bersama ayahanda tercinta akan teros menjadi pemangkin semangat  ntok kamu teros melangkah ke hadapan..=)
I know u  r very strong person to through this situation..
Khas ntok sahabatku;
“harungilah sesuatu yg kamu tidak suka dgn KEREDHAAN,
Atasi kegelisahan dgn SENYUMAN,
Ketahuilah,
Allah S.W.T bukan sahaja menimpakan ujian & kegelisahan di hatimu,
TETAPI..
Allah S.W.T timpakan smua itu hanya pd
Hamba-hambaNya yg terpilih sahaja..
Untuk menunjukkan betapa
ALLAH S.W.T AMAT SAYANG PADA MU..”
Please be strong as well as SAFIUDDIN BASIRON yg ak knl sebelum nie..
Byk2 laa bersabar ntok mengharungi segala kedukaan nie..
Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh arwah..
Dan..
menempatkan arwah di kalangan org2 yg beriman
Aminnn..
Sama2 lah kita sdekah surah AL-FATIHAH untuk arwah ayah uddin..
Serta..
kepada insan2 yg telah dijemput menghadap Illahi terlebih dahulu..
AL-FATIHAH..




Friday, October 7, 2011

~sama TAPI tak serupa~


Assalammualaikum..
holla everybody..=D
today is Thursday..
7 oktober 2011..
cpt btol mse berlalu..
pejam celik pejam celik dah msuk  bln OKTOBER dah pon..
huhu..TEST 1 pon bakal menyusul xlame lg..
seram sejuk plak badan nie..
rasenye mcm baru smlm start blaja..ngeee..
haaa..arinie adalah hari ak n eka..
hehe..why i said like that??
Why..why..why..=P
Sama TAPI tak serupa..
Ape yg sama..ape yg tak serupa itu..
Hehe..jeng3..=)
Mse dlm class Discrete mathematic td,ak tgh asyik dok dgr lecturer ngaja..
Then,tetibe ak rase nak pndang tepi..
Ke arah eka..
Dan..
Mse tuh laa ak baru perasan yg butang kat lengan baju kemeja kami sama..
Hahaha..sebiji kot..
Patot laa dr pg tadi kwn2 asyik tego baju ak n eka beli tmpt yg same ker..
Tp ak wat endah x endah jep..
Coz mmg kami beli tmpt lain2 pon..huhu..
Lg pon pattern kemeja kami pon lain laa..
Berbeza sgt taw..
Warna pon lain taw..
Ak biru,eka purple..=D
Then,when i noticed that our button was same..
Ak terus gelak sowg2 dlu..tp under my control lg laa..
Huhu..almaklom laa,dlm lecture hall kan..
Then,ak pon bisik2 laa gtawu kat eka..
Pastu,eka pon ape lg..tros gelak n ckp malu..
Haha..dah laa dok sblh2 kan..then same pulak dah butang tuh..
Aishhhh..
Lepas dr class tuh,rmai ag yg asyik tnye kteowg beli same2 ker baju tuh..huh..
Dan ..
Mase tggu bas nak balik ptg td,kwn kteowg pon ade yg tego..
“eh2,butang baju kowg same laa,kowg beli same2 ker baju nie??”
Haha..adoiiii..
Dah nak balik pon,isu baju nie xsettle2 lg..huh..
Famous btol kteowg nie kan..
Asyik jd perhatian jep..
Huahuahua..
Law kowg2 sume nak jd famous cmnie..
Planning laa ngn kwn kowg pkai baju yg sama..
Hehe..
Orait..
Chow dlu..
Adioszzz..=P





Monday, October 3, 2011

~malam senandung ukhwah PERSADA~

assalammualaikum..
sabtu ahad nie ak bz ngn aktiviti PERSADA ak jep..
ari sabtu malam kteowg de wat jamuan mkn2..
lebey kurang jamuan raya laa..hihi..
even dah lambat tp bahang2 raya tuh mse de ag kan..
so,kami2 nie laa yg turun pdg kena prepare2 ntok majlis tuh..
thanz a lot to eka,tyqa n diela coz sudi menyumbang kan tenaga n masa anda ntok PERSADA..
smoga hidup kalian lebih diberkati..=)

alhamdullillah..
sume berjalan lancar..
stlh berpenat lelah,bertungkus lumus ntok prepare mjlis tuh..
thanz a lot to UTEM & UTHM coz sudi dtg ke mjlis kami..
abg iman,k.nana,zakir n de geng..=)
dan juga yg laen2..
mcm2 mknn yg dihidang..n yg sdey nye byk mknn yg lebih2..
n terpaksa dibuang..huhu..















then,keesokan ari nye..
ak,k.tirah,hani,taufik,lee,n ipin bekerja keras tanpa gaji..
hehe..kami kne basuh pggan2 mangkuk yg smlm pnye..huhu..
pnt2..tp xpe laa sume tuh berbaloi..
at least kteowg sume epy coz mjlis tuh berjalan ngn lancar..
hehe..mse ngah basuh2 pggan tuh sempat gak laa ak snap pic2 dowg nie..
hehe..btw,best sgt dpt bekerjasama ngn kowg sume..
luv u guys..=)