JellyPages.com

Wednesday, April 13, 2011

~AdaB bErgUraU~

1.Niat yg benar;
  dibolehkan bergurau dgn niat m'hilangkan rasa penat,bosan,lesu serta bagi menyegarkan jiwa supaya 
  m'peroleh semangat baru bg meneruskan tugasannya sbg hamba & khalifah.
2.Tidak berlebih-lebihan;
  Islam menuntut agar bersederhana dalam setiap perkara.Terlalu kerap bergurau bolah menjatuhkan   
  kewibawaan seseorang.
3.Elakkan bergurau dgn orang yg tidak suka bergurau;
   Ini kerana mereka sellau m'anggap serius setiap ucapan dan perbuatan walaupun sekadar gurauan.
4.Tidak bergurau dalam perkara2 yg serius;
   Seperti talak,kahwin,rujuk, dan sebagainya.
5.Tidak menakut-nakutkan seseorang;
   Rasulullah S.A.W. bersabda yg bermaksud:
  "Tidak halal bg seorang Muslim membuat takut seorang Muslim yg     lain".(Riwayat Abu Daud)
6.Berkata benar;
   Walaupun sedang bergurau hendakalh berkata benar. Inilah sunah Rasulullah S.A.W. yg bersabda:
   "Sesungguhnya aku juga bergurau senda namun aku tidak mengatakan kecuali yg benar".
   (Riwayat al-Tabarani)
7.Jangan memperlekehkan individu tertentu;
   Walaupun dengan tujuan untuk bergurau.
8.Tidak banyak tertawa;
   Rasulullah telah mengingatkan umatnya agar tidak banyak ketawa berdekah-dekah:
   "Janganlah kalian banyak tertawa.Sesungguhnya banyak tertawa dapat mematikan hati".
   (Riwayat Ibn Majah)
9.Bergurau dengan orang yg sesuai;
   seperti kanak-kanak sebagaimana gurauan Rasulullah S.A.W. dengan Anas bin Malik dan Abu Umair.
10.Menjauhi bergurau dgn tangan & kata-kata yg buruk;
    Allah berfirman yg bermaksud:
"Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yg lebih baik(benar).Sesungguhnya syaitan itu
menimbulkan perselisihan di antara mereka".
(surah al-Isra' 17:53)

Friday, April 1, 2011

~DeMi cInTa ALLAH S.W.T~


Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
alt
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."